Hasil Pembelajaran
Menghuraikan takrif teknologi dan inovasi
Menerangkan sejarah dan perkembangan teknologi pendidikan
Menghuraikan asas-asas teori pembelajaran
Membandingkan teori-teori pembelajaran
Menerangkan gaya-gaya pembelajaran
Mengaplikasi asas teori-teori pembelajaran penghasilan bahan bantu mengajar
Pengenalan Teknologi
Definasi Teknologi boleh membawa dua (2) maksud yang berbeza iaitu:
Pengenalan Teknologi
Saettler (1990) menjelaskan teknologi :-
sebagai proses dan produk
bukan hanya merujuk kepada penggunaan mesin sahaja, bahkan turut meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik.
Teknik dianggap lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu, proses amat diperlukan
Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses P&P
Definisi Teknologi
Kast & Rosenzeing (1963) - teknologi ialah seni menggunakan ilmu pengetahuan secara saintifik.
Hamilton (1973) – teknologi sebagai kaedah manusia menggunakan kekuasaannya ke atas persekitaran.
Shermerhon (1984) – teknologi ialah pencantuman alat, ilmu pengetahuan dan budaya kerja yang menjadikan sesebuah organisasi menghasilkan input kepada output.
Galbraith [AECT (American Educational Council of Technology), 1967] – teknologi sebagai penyatuan ilmu pengetahuan yang sistematik dan terancang dalam usaha-usaha yang dijalankan secara lebih praktikal.


No comments:
Post a Comment