RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran     : Pendidikan Islam
Tingkatan            : 1 Mumtaz
Tarikh                 : 29 FEBRUARI 2012 ( Isnin)
Masa                   : 9.00 – 9.40 (40 Minit)
Bilangan Pelajar : 35 Orang
Topik                  : Solat
Objektif : Diakhir proses pembelajaran dan pengajaran, para pelajar akan dapat
1)      Menyebut pengertian solat dari segi bahasa dan syarak
2)      Menyatakan hikmah disyariatkan solat
3)      Menyatakan dan membentangkan mengenai syarat-syarat sah solat
4)      Menyusun rukun-rukun solat mengikut susunan yang betul

Pengetahuan sedia ada :
Pelajar memperolehi pengalaman pembelajaran sedia ada mengenai solat  melalui pengetahuan persekitaran sebelumnya, pengalaman kendiri, pemerhatian daripada orang-orang yang melaksakana solat dan pembacaan luar bilik darjah dan media massa

Penerapan nilai : Memantapkan keimanan dalam diri, menghormati guru, yakin pada diri sendiri, bersemangat, berani, bekerjasama dan bertanggungjawab.

Bahan bantu mengajar (BBM) :  Slide Show, Manila kad, buku rujukan

Langkah /Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti  Pembelajaran dan Pengajaran

Pendekatan / Strategi / Aktiviti

ABM / Nilai
Pendahuluan
( 2 Minit )

Membaca doa belajar
Pelajar membaca doa belajar.
اللهم افتح علينا .....

Membaca doa beramai-ramai
Memohon kepada Allah

Set induksi

( 5 Minit )




Pengenalan Konsep Solat
1. Guru bertanya khabar pelajar dan perasaan pada hari ini

2. Guru membuat bahasa isyarat mengenai perbuatan berwudhuk dan pelajar meneka perbuatan yang ditunjukkan oleh guru.

3. Guru memberitahu tajuk pembelajaran pada hari ini adalah Solat

4. Guru memberi gambaran awal mengenai tajuk yang akan dipelajari iaitu Takrif Wudhuk, Hikmah, Syarat dan Rukun Solat
Strategi :
Pemusatan guru dan pelajar

Teknik :
Soal Jawab
ABM: Botol air

Nilai :
Pemerhatian
Berfikir kritis

KBKK :
Berfikir melalui persoalan yang ditimbulkan oleh guru berdasarkan contoh yang munasabah

Langkah 1
( 8 Minit )


Pengertian Solat dari segi bahasa dan syarak


1.Guru bertanya apakah definisi solat kepada murid-murid
2. Guru menyuruh pelajar seorang demi seorang menyebut nombor secara berturutan.
3. Guru mengeluarkan dadu. Pelajar yang mendapat nombor yang terpilih akan menyebut pengertian solat dari segi bahasa dan syarak secara beramai-ramai.
4. Guru menjelaskan dengan lebih lanjut dengan memberikan terjemahan mengenai pengertian solat.


Strategi :
-Pemusatan guru
-Pemusatan bahan

Teknik :
-Soal jawab
-Penerangan
ABM :
Dadu
Nilai :
Memberi perhatian, Berani,
Yakin pada diri sendiri
KBKK:
Pelajar dapat berfikir konsep solat berdasarkan pengetahuan yang sedia ada



Langkah 2
( 5 Minit )



Hikmah bersolat

1.Guru mengarahkan pelajar membaca Hikmah bersolat.

2.Pelajar membaca seperti yang diarahkan oleh guru

3.Guru memberi terjemahan mengenai Hikmah bersolat.

4. Pelajar menulis terjemahan.

4.Guru menjelaskan dengan lebih lanjut  mengenai Hikmah bersolat.



Strategi :
Pemusatan guru dan pelajar

Teknik :
Perbincangan, Penerangan

Nilai :
Bertanggungjawab
Kerjasama

















Langkah 3
( 10 Minit )



Syarat-syarat Solat

1.Guru menyoal pelajar tentang syarat-syarat solat.

2.Guru meminta supaya pelajar berbincang berkaitan dengan  syarat-syarat solat.

3. Pelajar bergerak membentuk kumpulan berdasarkan nombor mereka.

4.Pelajar berbincang dalam kumpulan.

5.Guru meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan mereka dan mempersembahkan hasil pembelajaran mereka kepada rakan-rakan kelas.

6.Guru menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai  syarat-syarat solat kepada pelajar

7.Pelajar menulis makna.

8.Pelajar memerhati dan mendengar terhadap  apa yang dijelaskan oleh guru

Strategi :
-Pemusatan Guru
-Pemusatan Pelajar

Kaedah:
Perbincangan
Sumbangsaran

Nilai :
Berani, Kerjasama, Mendengar dengan baik,
Yakin pada diri

Langkah 3
( 15 Minit )

Rukun Solat
1. Guru menampal manila kad.

2.Pelajar-pelajar diminta menyusun kad-kad mengikut susunan  Rukun Solat yang betul

3.Pelajar tampil secara sukarela menyusun kad-kad mengikut susunan   Rukun Solat yang betul.

4.Pelajar yang menjawab soalan yang betul akan mendapat  markah dalam kumpulan.

5. Guru memberikan markah kumpulan

6.Guru menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai  syarat-syarat solat kepada pelajar

Strategi:
Pemusatan pelajar.

Penerangan
ABM :
Manila kad


Nilai:
Berani mencuba
Yakin


Langkah 4
( 10 Minit )


Aktiviti Pengukuhan

Kuiz
1.Pelajar diberi masa untuk membaca dan memahami isi pelajaran

2.Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan masing-masing.

3.Pelajar menutup buku.

4.Guru memberikan soalan berkenaan tajuk yang telah dipelajari.

5.Pelajar menjawab soalan.

6. Pelajar yang menjawab soalan yang betul akan mendapat  markah dalam kumpulan.

5. Guru memberikan markah kumpulan.
 Kumpulan yang mendapat markah 
tertinggi adalah pemenang.

6.Guru memberi pujian kepada pemenang dan menyeru semua pelajar berusaha bersungguh-sungguh pada masa akan datang.

Strategi :
-Pemusatan guru

Teknik :
Hafalan


Nilai :
Hormati guru
Yakin pada diri sendiri
Bersaing secara sihat
Langkah 5
(5 Minit )
Penutup
1.Guru memberi maklumbalas mengenai tajuk yang telah dipelajari.

2.Sesi soal jawab.

3. Guru mengarahkan pelajar membaca tajuk seterusnya sebagai persediaan pembelajaran.

Guru memberikan lembaran kerja kepada pelajar untuk dijawab di rumah.
Strategi :
Latih tubi

Nilai:
Amanah

REFLEKSI :



No comments:

Post a Comment